Jumaat, 8 Januari 2016

Selamat Tahun Baru 2016 & Persekolahan Anak

Assalamualaikum wbt.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 walaupun hari ni dah masuk 8 Januari 2016. Semoga di tahun baru ini kita akan dipanjangkan umur dalam keberkatan, dimurahkan rezeki, dikurniakan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, insyaAllah. Semoga amalan juga akan bertambah seiring dengan bertambahnya umur kita.

Alhamdulillah, tahun ini Aqilah dah mula bersekolah Darjah 1 dan Faqihah bersekolah di PASTI Ibnu Sina 5 tahun. Anak2 dah mula sesi persekolahan 4 januari 2016 (isnin). Aqilah dah besar so dia dah ok pagi sekolah kebangsaan dan petang sekolah agama. Kakngah sebabnya baru 1st time nak masuk sekolah makanya 3 hari pertama tu memang drama airmata je la sebab taknak pegi sekolah. Alhamdulillah masuk hari keempat dan kelima dia dah mula ok dan tak menangis.

Semoga anak2 ibu dapat belajar dengan baik, mudah faham pelajaran dan berjaya dunia dan akhirat. "Ya Allah, lapangkanlah dada anak2 ku untuk mudah menerima pelajaran dan berkatilah ilmu yang mereka perolehi dunia dan akhirat, Amin".

Akhir tahun 2015 ari tu (26 disember 2015) meraikan majlis perkahwinan adik ipar, Sakinah dan pasangannya, Hasif. Selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke Jannah, insyaAllah.



Just nak throwback aktiviti2 besar sepanjang tahun 2015 :

  • Aqilah start bersekolah di Pra Sekolah SKBBS
  • Bercuti bersama keluarga di A Famosa Resort Melaka
  • Bercuti bersama keluarga di Pinetree Hotel, Batu Pahat (sempena Hari Terbuka Empangan Machap)
  • Majlis Aqiqah anakanda Muhammad Arif Fakhri & majlis doa selamat rumah baru along
  • Bercuti bersama keluarga di Avillion Admiral Cove, PD (sempena majlis perkahwinan ofismate, irwan & hida)
  • Hantar anak2 ke Taska Ana sebab mak nak pegi haji (tapi 3 hari je lps tu minta tolong afiq jagakan budak2)
  • Arif warded di Hospital Tawakkal (demam, batuk, selsema, ulcer)
  • Mak menunaikan ibadah Haji (semoga dikurniakan oleh Allah haji yang mabrur, insyaAllah)
  • Hari Keluarga BRE di Paya Indah Wetlands
  • Hari Sukan SKBBS
  • Majlis Perkahwinan Sakinah & Hasif
Rasanya tu je la kot aktiviti2 besar sepanjang 2015. Kalau aktiviti2 kecik tu mmg melambak, hehe.

* Azam tahun baru nak rajin tulis blog. Ni blog asyik bersarang je. Hehehe :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan