Khamis, 21 Januari 2016

Coretan Hari Ini

Assalamualaikum.

Cepat je rasa masa berlalu.. hari ni dah menjengah ke 21 Januari 2016 (bestnya hari ni hari gaji!), hampir menuju ke penghujung Januari. Pejam celik pejam celik, anak2 pun dah masuk minggu ke-3 bersekolah. 

Start dua anak bersekolah ni terasa penatnya. Aqilah sekolah pagi dan petang. Faqihah plak sekolah tadika PASTI. Pagi kena bangun awal mandi dan siapkan anak, masak bekal aqilah yang simple, hantar arif ke rumah along, pastu rush ke ofis nak kejar punch card. Pagi helmi hantar anak2 ke sekolah sbb dia masuk keje kul 9. Tengahari plak kalau takde meeting amik aqilah dan pica balik dari sekolah kebangsaan. Thanks to abah yang amik faqihah dari tadika PASTI kemudian hantar aqilah dan pica ke sekolah agama. Petang plak aku berkejar lagi untuk amik aqilah dan pica dari sekolah agama. Begitulah rutin seharian..

Penat memang penat, tapi inilah tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul bila anak2 dah besar. Pelajaran anak2 perlu diutamakan sama mcm mak abah buat masa kami adik beradik kecik dulu. Ada jugak tetiba terdetik rasa mcm nak jadi housewife tapi memikirkan beban kewangan yang semakin meningkat masa kini.. hmm dilupakan aje..

Banyak lagi aim yang belum tercapai ni.. nak ajar kakngah ABC, 123, alif baa taa, nak ajar akak dan kakngah mengaji muqaddam, nak ajar akak dan kakngah bacaan2 dalam sembahyang dll. Semoga dipermudahkan insyaAllah.






Family Silhouette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan