Khamis, 12 April 2012

Salam Khamis

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Harap sihat2 sejahtera semuanya dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Nak cerita ttg faqihah yang dah beberapa tapak berjalan, happynya ibu bila tgk anak dah pandai imbangkan diri utk berjalan.. tak lama lagi adik dah nak setahun, kakak dah nak 3 tahun.. dah besar anak2 ibu..

Semoga saya boleh menjadi ibu yg sabar, penyayang, rajin memasak dan lain2 lagi demi utk anak2 dan keluarga tercinta..

Semalam lepas balik dr klcc tgk ramai org berkumpul kat bwh flet, katanya rasa gegaran yang kuat dan agak lama juga.. alhamdulillah gegaran tersebut tidak mencetuskan tsunami.. semoga perkara ini dpt menjadi iktibar kepada semua betapa ia merupakan satu peringatan drpd Allah bagi yang kadangkala lalai dan alpa dengan keseronokan dunia yang hanya bersifat sementara.. bersama-samalah kita sentiasa memperingati satu sama lain.. sentiasa lakukan suruhan-Nya.. dan hindari larangan-Nya.. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan