Hye all, hari ni Isnin, minggu terakhir untuk tahun 2009 ini.. Tahun yang manis bagi diriku kerana pada tahun ini aku telah berpeluang untuk melahirkan puteri hatiku dan menjadi seorang ibu.. ;) Pengalaman yang ditempuhi dalam mendidik dan membesarkan anak merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.. Ia membuatkan kita mengenang kembali jasa ibu bapa yang mendidik dan membesarkan kita satu ketika dahulu..
Hmm lagi 4 hari kita akan melangkah ke tahun 2010.. Kena bukak buku baru.. Dan menjadikan amalan kita lebih baik drpd yg sebelum2nya.. Yang penting buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi.. Semalam aku, helmi, aqilah, hanis (adik helmi), sakinah (adik helmi) dan ika (sepupu helmi) pegi low yat plaza nengok2 laptop sbb hanis nak beli laptop baru.. So, berjalan2 la kami dan makan2 sampai ptg.. Penat gila rasa badan.. Hanis pun beli laptop baru jenama hp Pavilion.. Tapi laptop aku tetap comel Dell Studio hehehe :D
Masa balik tu singgah makan rojak kat kedai mamak ABC.. Aqilah dah letih sampai tertido2.. sian dia.. Hokey la sampai di sini dahulu.. sehingga berjumpa lagi.. Till then.. Daaaaaa
Kesian Aqilah penat sampai tertido2 kat bahu helmi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan