Jumaat, 15 Julai 2016

Salam Aidilfitri 1437H / 2016M

Assalamualaikum.

Salam 10 Syawal.

Bercuti raya selama seminggu, selepas itu terus bertolak ke Kelantan untuk menghadiri Bengkel, makanya tak sempat nak upload gambar raya family tahun ni.

Alhamdulillah, di kesempatan ini rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga dengan kehadiran Ramadhan dan Syawal tahun ini menjadi titik tolak untuk saya berubah menjadi insan yang lebih baik, insyaAllah.