Saya berharap dapat menjalankan tugas dengan lebih rajin dan dedikasi..insya Allah.
Kemudian cerita ttg rumah baru saya.. Alhamdulillah kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru di Kondominium Sentul Utama pada 11 Ogos lalu, seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Bila dah duduk rumah sendiri ni, excited nye terlebih sikit, mcm2 nak dihias, nak itu, nak ini.. tapi semuanya kena ikut kemampuan jugak.. hehe
Tak sabar sabtu ni sbb nak pasang kitchen cabinet. Buat yang simple je, cukup2 bajet je sbb dah habis banyak time renovate rumah hari tu.. huhu
Bulan depan pulak bz dengan aqiqah adik n majlis perkahwinan adik ipar. Hope everythings will run smoothly, insya Allah. Masih belum terlambat saya nak wish rasanya sebab masih dlm bulan Syawal.. "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"
Hari Raya Pertama di Temerloh Pahang
Kakak n adik
Faqihah, Aqilah, Maklong & Afif
Beraya di rumah mia