Isnin, 23 Ogos 2010

Iftar @ Hotel Seri Pacific

Assalamualaikum wbt pembuka bicara.. Alhamdulillah hari ni dah hari ke-13 Ramadhan.. dah nak masuk pertengahan Ramadhan rupanya.. aku pulak sejak semalam tak berapa sihat, asyik selsema, batuk je..

Jumaat lepas, aku ngan hubby berbuka kat umah mak, mak masak nasi lauk kari ayam, ikan goreng, ikan masin, ulam2an, roti jala makan ngan kuah kari ayam, bubur lambuk, tempoyak & sambal & pengat keledek.. wah, mmg kenyang sgt2 makan, cadangnya nak gi bazar ramadhan tapi memandangkan dah banyak lauk, kami pun cancel kan la niat tu.. lepas kekenyangan, abg pun pegi sembahyang terawih kat surau.. tapi tunggu punya tunggu, abg tak balik2 lagi, rupa2nya dia gi jumpa kawan dia plak kat wangsa maju.. adeh.. penat menunggu sebab dah ngantuk gaban, last2 balik umah dlm kul 12 tgh mlm..

Esoknya pulak, as usual lepas subuh masing2 terbongkang balik atas katil.. bila aqilah terjaga kul 10 lebih, baru la aku bangun buatkan dia susu.. sian aqilah mesti haus kejap je dah habis susu diminumnya.. hehe.. then kitorg pun bersiap2 nak gi jalan tar sebab nak cari baju raya aku & aqilah.. tapi baju raya aku punya la payah nak cari sebab banyak yg tak berkenan.. last2 beli baju raya aqilah je kat semua house.. hehe.. mesti comel anak ibu nanti pakai baju kurung di pagi raya.. ayah nak cari tudung utk aqilah tapi tak jumpa2 lagi.. lepas tu pulak kitorg balik sentul dulu sebab nak siap2kan aqilah sblm gi berbuka puasa kat Hotel Seri Pacific.. gathering member2 UiTM hubby ku..

Kat bawah ni ler gambo2 yang sempat aku ambik drpd foto org lain.. hehe




Ari ahad pulak, lepas zohor kitorg gi jusco cheras selatan.. aku beli sandal scholl, hubby pulak beli kasut keje valentino rudy.. setelah penat shopping yang tak seberapa, kitorg bertolak pulak ke Putrajaya berbuka puasa ngan member sekolah teknik hubby.. kitorg iftar kat Ceritera Lake Garden Cafe, Putrajaya.. fuhh mmg minggu yang meletihkan.. Tahun ni raya kat melaka dulu, mlm raya pertama plak plan nak buat bbq.. wah bestnya.. balik temerloh pulak mayb raya ke-4/5.. dok temerloh sampai sabtu sbb terus sampai majlis peruz kawin.. Aku dah apply cuti raya dah 8 - 19 sept.. bos pun dah accept.. wah bestnya..

Selasa, 17 Ogos 2010

7 Ramadhan

Alhamdulillah.. kita telahpun memasuki hari ke-7 dalam bulan Ramadhan ini.. diharapkan juga ibadah puasa yang telah kita laksanakan akan diterima oleh Allah S.W.T.. insyaAllah

Sesekali teringat masa puasa zaman kanak-kanak dulu.. bila petang je dah tak bole buat keje, dok terlepek je kat atas sofa.. memang menghitung je waktu berbuka puasa.. bila azan je punya la tak menyempat terus ngap.. hehe memang kelakar.. tapi sekarang Alhamdulillah umur dah semakin dewasa, perut juga dapat menahan lapar dan dahaga serta dapat menghayati kesengsaraan dan kelaparan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik..

Di harap pada bulan Ramadhan kali ini aku dapat melaksanakan ibadah puasa dengan baik di samping ibadah2 lain.. kerana sesungguhnya pahala yang dijanjikan oleh Allah pada bulan ini amatlah besar (rasa rugi kalau tak grap peluang ni..) InsyaAllah harapanku semoga sentiasa istiqamah melakukan amal ibadah dalam hidupku.. ("Anda buat, anda dapat" ~ versi kata2 Ustazah Siti Nor Bahiyah.. :D)

Aku masih lagi teringat ayat yang diajar oleh guruku semasa di Sekolah Menengah dan insyaAllah akan sentiasa aku amalkan dalam hidupku..

Allahumma arinal haqqa haqqan warzuknat tiba'ah
Wa arinal bathila bathilan warzuknaj tinabah

Sekian, wassalam..

Khamis, 12 Ogos 2010

Ramadhan 1431H

Assalamualaikum semua..dan salam Ramadhan ;

Alhamdulillah, kita semua masih dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T dan dapat menikmati keberkatan dan keindahan bulan Ramadhan kali ini.. Hari ni 1st Ramadhan.. pagi tadi bangun kul 4.45 pagi sempat gak bersahur ngan hubby. Kitorang makan nasi lauk ikan kari, telur cincang kicap & air milo panas. Alhamdulillah.. Aqilah belum puasa lagi sbb kecik lagi.. Pagi2 lagi dah minum susu.. hehe

Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini, kita akan dapat meningkatkan ibadah dan mencari sebanyak mana pahala sebagai bekalan hidup kita di dunia dan di akhirat.. Amin.. Selamat menjalani ibadah puasa.. =)

Jumaat, 6 Ogos 2010

Jamuan Korporat

Alhamdulillah.. kenyangnya rasa perut ni sbb ada jamuan korporat tadi.. macam2 makan.. tadi lapo sangat2, skrg dah kenyang sgt2 pulak.. hehehe.. ok la nak gi sembahyang pulak ni, dah nak dekat kul 3 pun tak sembahyang2 lagi..