Khamis, 26 Mac 2015

A Famosa Resort Melaka

Cuti sekolah yang lepas, kami bercuti di A Famosa Resort Hotel Melaka walaupun plan di saat-saat akhir. Nak happy kan anak2 time cuti sekolah. Kami stay 19 - 21 Mac 2015, 3 hari 2 malam. Penginapan sekali dengan tiket ke Safari Wonderland dan A Famosa Water Park. Ada juga Old West tapi kami tak pergi. Overall alhamdulillah ok dan percutian yang seronok untuk anak2.

Jom layan gambo2 sat..

 Baru sampai di Safari Wonderland. Bergambar berlatar belakangkan burung2. Kakngah plak meragam taknak duduk sebab takutkan cicak

 Kakngah nak sangat naik gajah. RM10 sekepala. Kakngah n arif free. Nervous gak sbb first experience tapi seronok

 Naik bot nak ke pulau seberang - Pulau Monyet

 Semua teruja nak bagi monyet makan kacang. Mula2 takut pastu asyik nak bagi makan je

 Arif tengok je kakak2 bg makan monyet. Nasib baik tak meragam

 At last sebelum keluar, tengok persembahan gajah. Abg bergambo ngan gajah sblm bg dia makan tebu

 Setelah penat kami singgah pekena mee kari, cendol bakar durian dan cendol bakar VIP.. nyum2 sedap..

 Anak2 ibu dah bersiap pakai baju renang nak ke A Famosa Water Park

 Bergambo dulu sblm masuk

Seronok anak2 mandi manda

We are having fun!

InsyaAllah.. plan for our next vacation :)

Selasa, 17 Mac 2015

Selamat Pengantin Baru Farhah & Malie!

Assalamualaikum wbt.

Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar dah berada di pertengahan Mac 2015. Baru lagi rasanya masuk tahun baru. Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi, oleh itu gunakanlah masa yang ada dengan sebaik2 nya (peringatan utk diri sendiri juga..)

Hari minggu yang lepas kami sekeluarga menghadiri majlis pernikahan dan persandingan farhah (anak pakteh dan makteh) dan suami di karak. Majlis pernikahan diadakan pada sabtu malam ahad manakala majlis persandingan diadakan pada hari ahad.

Kami sekeluarga menginap di homestay karak, dekat je ngan rumah makteh. Rumah teres, 4 bilik tidur dan 3 bilik air dgn harga rm300 semalam. Seronok bawak anak2 jalan2. 

Btw selamat pengantin baru buat farhah dan suami. Semoga bahagia selamanya :)

Jom layan gambar2 di bawah...

 Tuan empunya blog bergambar depan homestay karak sebelum bertolak menghadiri majlis pernikahan

 Bergambar bersama pengantin. Wan siap buat peace lagi

 Kami yang gedik.. along, aku, ijah dan dilla
Arif plak tgh nyenyak tido

 Kakngah bergambar dgn pakcu

 Along melaram dgn bunga pengantin

 Ibu dan kakak

 Arif yang tak reti nak duduk diam

Nyum2.. kek pengantin

Last but not least..
.
.
.
Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu (versi lagu)

Selasa, 3 Mac 2015

Happy Birthday Dear Hubby!

Assalamualaikum pembuka bicara.

Hari ini 3 Mac 2015, genap usia en. hubby 34 tahun. Alhamdulillah..

Selamat hari lahir yang ke 34 tahun suamiku. Semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan, dimurahkan rezeki dalam kesederhanaan, dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan ibadah sebaik2nya dan dilimpahi kebahagiaan yang berkekalan di dunia dan di akhirat, insyaAllah, Amin..