Rabu, 31 Julai 2013

Produk2 Yang Pernah Ku Ambil

Macam2 produk aku beli nak kurus.. punya la fanatik.. tapi tak kurus2 pun lagi.. huhu.. antaranya seperti di bawah ;

Aku makan beauty umaira ni lepas dengar kak ton bgtau khasiatnya dalam WHI. Dah lebih kurang 4 kotak aku makan beauty umaira ni. Beli online dalam RM230 sekotak

ALSD2 ni aku beli lepas terpegun tgk brochure dia kata satu tin bole turun 3-5kg. Tapi aku dah abis satu tin tak turun2 pun lagi. Huhu. Padahal dah ikut dah diet dia yg agak strict. 1 lagi tin aku tak bukak lagi ada kat umah. Beli online gak RM340 dpt 2 tin ALSD2, 1 ketostik dan free 1 shaker

Felinna ni aku beli sbb dgr2 best bole mengurangkan ukur lilit bdn dan sekaligus menurunkan berat bdn, best pakai dia sbb tak terlalu panas dan baunya wangi. Ukuran pinggang dah turun 2 inci. Hehe. Beli online jugak time promosi 2 botol RM120

Baru2 ni pulak aku sibuk nak try shaklee. Ambik yang trial dan sebotol lecithin. Yang ni aku makan alfalfa, bole menambahkan susu bdn, herb lax untuk mencuci perut dan lecithin untuk dietary supplement. Beli kat kawan RM90

Yang ni pun aku sibuk nak try gak. Skrg ni aku nak amalkan minum ni je tgahari, dgr2 minum ni je akan kenyang so bole menyekat skit selera makan. Beli kat kwn gak, dia bagi harga ahli RM121
.
.
.
.
.
Tu le serba sedikit cerita aku yang beli mcm2 tapi tak kurus2 pun jugak. Skrg ni aku rasa nak amalkan petua Kevin Zahri la diet dengan kiraan kalori, nanti aku nak beli e-book dia ler.. hehe

Yang penting kurus secara sihat, insya Allah..